Para pelanggan yang dihargai, anda dinasihatkan untuk memahami segala terma dan syarat bidaan sebelum membuat sebarang bidaan secara atas talian.

TERMA & SYARAT

1. Daftar secara atas talian.

2. Berumur 18 tahun keatas.

3. Marhun lelongan akan dipamerkan dipremis pada hari lelongan.

4. Harga yang disenaraikan dalam web kami adalah muktamad dan tidak boleh dirunding.

5. Minimum bidaan adalah RM1.00 atau lebih tinggi dari Harga Asas.

6. Nilai bidaan hendaklah genap dan penggunaan nilaian sen adalah tidak dibenarkan.

7. Waktu tamat untuk lelongan adalah 1 jam selepas waktu dibuka.

8. Sebelum meninggalkan premis, sila semak dan pastikan marhun yang diterima adalah betul, sekiranya terdapat kekurangan dan masalah ketika marhun dibawa keluar daripada premis, pihak Permodalan Kelantan Berhad tidak akan bertanggungjawab dan marhun tidak boleh dikembalikan.

9. Setiap bidaan atas talian yang telah dihantar tidak boleh diubah, sila pastikan nombor siri dan harga yang dibida diisi secara atas talian adalah betul, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas kesilapan pelanggan mengisi harga bidaan atas talian.

10. Kaedah pembayaran melalui perbankan atas talian (Online Banking) jika nilaian bidaan kurang daripada RM30,000.00 dan melalui kaunter bank jika nilaian bidaan melebihi RM30,000.00.

11. Sila serahkan bukti pembayaran semasa menuntut marhun lelongan (di kaunter atau melalui media elektronik sama ada emel atau Whatsapp dan marhun lelong hendaklah dituntut selepas jam 3.00 petang).

12. Pembida yang menang di dalam bidaan tetapi gagal melakukan pembayaran pada hari lelongan akan disenarai hitamkan.

13. Semua Terma & Syarat diatas adalah tertakluk kepada pindaan dan boleh diubah dari masa ke semasa tanpa dimaklumkan kepada pembida.

Jika Anda Telah Baca dan Faham Terma dan Syarat Lelongan.

Sila Tunjukkan Kad Pengenalan Anda Di Kaunter Pada Hari Lelongan Untuk Melayakkan Anda Membuat Bidaan Secara Online.

Design by Bahagian IT PKB